Pengenalan Cendoles

Cendoles

Jenama Cendoles dibangunkan pada pertengahan tahun 2019 dengan matlamat untuk membangunkan rangkaian perniagaan berasaskan cendol dengan konsep gerai jalanan yang menarik, bersih, mudah dioperasikan dan bersistem. Awal pembabitan perniagaan ini hanya bertujuan sebagai projek rintis untuk melihat daya maju dan potensi perniagaan yang dicadangkan dan dimulakan oleh En. SamsulKamal b. Yusof bersama sahabat beliau En. Khairul Anuar Ismail.

Berasaskan keyakinan setelah setahun beroperasi dan melihat potensi perniagaan cendol ini sangat berdaya maju maka sebuah perniagaan didaftarkan dibawah nama Rumpun Wangi Sale & Services. Di daftarkan pada Jun 2020, kini mengoperasikan sebuah dapur berpusat (Central Kitchen) di Pusat Perniagaan Reef, Rawang, Selangor dengan menumpukan membekalkan bahan mentah berasaskan cendol kepada 12 agen yang dipanggil sale point bersama 2 Kios jalanan kepunyaan sendiri.

Kami juga sedang membangun dan mencari bakal-bakal usahawan cendol yang berminat untuk bersama-sama mejana pendapatan didalam perniagaan ini.
Misi Perniagaan

Menawarkan ruang dan peluang kepada umum yang berminat menjadi usahawan untuk menjana pendapatan melalui pelbagai produk jualan dengan konsep jalanan yang bersih, menarik dan bersistem, bermodal rendah, mudah dioperasiakn dengan pulangan yang baik sekaligus memperkasakan ekonomi diri dan keluarga.

Visi Perniagaan

Memiliki minimum 500 rangkaian usahawan franchise dibawah jenama Cendoles secara meluas di seluruh Malaysia sehingga 2030 yang dapat menyumbang perkembangan ekonomi Negara.
crossmenu